Apa itu IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia. Visi dan MisiIKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad. IKRAM telah dilancarkan pada 20 jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang baru ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM. Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad. Daerah-Daerah IKRAM JOHOR adalah: Bandaraya Johor Bahru Perbandaran Johor Bahru Tengah Kulaijaya Pontian Batu Pahat Kluang Muar Segamat Untuk mencapai matlamat IKRAM, beberapa jawatankuasa telah dibentuk di bawah IKRAM JOHOR. Jawatankuasa di bawah IKRAM JOHOR adalah: - Tarbiah - Perancangan Ekonomi - Penerangan dan Media - Pendidikan - Wanita - Pemuda (remaja dan belia) - Pemuda (IPT) - Dakwah - Masyarakat Madani - Pembangunan masyarakat - Khidmat masyarakat - Pembelaan umat sejagat | |
0 comments:
Post a Comment